Kenali PERSIKOL

Welcome to PERSIKOL. 
PERSIKOL stands for PERSATUAN PERUBATAN PSIKOLOGI, or PSYCHOLOGICAL MEDICINE ASSOCIATION. It is a voluntary organization, established to offer support to people with psychiatric illnesses and their families.
 
This web site is especially created for PERSIKOL's members, as well as the general public. It is hoped that it will be a site where the psychiatric care givers and their clients contribute their articles on topics related to PSYCHOLOGICAL MEDICINE.
   

PERSIKOL adalah nama singkatan kepada "Persatuan Perubatan Psikologi, Kelantan. Persatuan ini dengan rasminya didaftarkan pada 30hb. Julai 1997. Secara rasminya perakuan pendaftaran adalah daripada pihak Pendaftar Pertubuhan Malaysia, diluluskan mengikut peraturan-peraturan Akta Pertubuhan Malaysia 1996. 
 
PERSIKOL Kelantan mempunyai nombor pendaftaran rasmi 144/97. Ketika ini persatuan menggunakan alamat surat menyurat seperti berikut: 
 
Klinik Psikiatri,
Hospital Universiti Sains,
Kubang Kerian, 16150,
Kota Bharu,
Kelantan, Malaysia.
Adalah menjadi hasrat murni mereka yang bertanggung jawab menubuhkan persatuan ini, untuk melihat persatuan ini berkembang dengan meramaikan bilangan ahli-ahlinya. Keahlian diterima dari semua golongan masyarakat negeri Kelantan, samada penerima/pemberi rawatan psikiatri atau tidak. 
 
PERSIKOL akan merangka aktiviti-aktiviti pembelajaran kepada umum, aktiviti-aktiviti kebajikan atau kemasyarakatan. Segala kewangan bersabit dengan aktiviti-aktiviti adalah atas nama Tabung Kewangan PERSIKOL.

No comments:

Post a Comment