PENGLIBATAN PROJEK RAWATAN

Bengkel Cuci Kereta Unit Rehabilitasi Psikososial, HUSM, Kubang Kerian

Date: 8 October 2007

2. PENGENALAN

2.1 Projek Bengkel Cuci Kereta merupakan salah satu aktiviti utama yang telah dijalan oleh Unit Rehabilitasi Psikososial HUSM. Projek ini telah mendapat peruntukan kewangan daripada Malaysian Psychiatric Association (MPA) dan Syarikat Ubat Jansen Cilag berjumlah RM 4200 yang disalurkan melalui Persatuan Perubatan Psikologi Kelantan (PERSIKOL) pada tahun 2003. Keseluruhan peruntukkan yang diberi telah digunakan untuk membeli kelengkapan peralatan bagi mengendali projek tersebut manakala tapak bengkel (rangka besi berbumbung dan stor simpanan) telah disediakan oleh pihak Hospital USM.

2.2 Bengkel ini telah dirasmikan oleh Pengarah Hospital U.S.M pada 5 Ogos 2003 dan mula beroperasi pada 6 Ogos 2003. Pada peringkat awalnya bengkel ini dikendalikan oleh oleh 4 orang pesakit psikiatri yang menjalani pemulihan di Unit Rehabilitasi Psikososial HUSM, Kubang Kerian dengan dibantu oleh seorang Pembantu Perubatan dan seorang Atenden Kesihatan. Bengkel ini juga telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan selepas ianya dimulakan.

3. OBJEKTIF

3.1 OBJEKTIF UMUM

Secara umumnya projek ini diadakan bagi memberi kemahiran am kepada pesakit sebelum mereka kembali ke kehidupan sebenar selepas keluar dari hospital.

3.2 OBJEKTIF KHUSUS

3.21 Membantu meningkatkan kemahiran vokasional dan kehidupan sosial pesakit ketahap optimun dalam menyediakan pesakit untuk kembali kepada masyarakat

3.22 Membantu mengembalikan kemahiran pesakit supaya dapat berfungsi ketahap kehidupan sosial yang normal sebaik mungkin dengan batasan-batasan yang terdapat padanya yang disebabkan oleh penyakit yang dialaminya.

3.23 Membantu pesakit meningkatkan kemahiran dalam merancang perbelanjaan kewangan dan dalam membuat keputusan.

3.24 Membantu pesakit supaya untuk meningkatkan keyakinan diri dan dapat berdikari serta tidak bergantung kepada orang lain.

3.25 Mengurangkan persepsi negatif masyarakat terhadap pesakit-pesakit


Sila muat turun laporan lengkap berikut...

No comments:

Post a Comment